Tor!

Saturday, June 10, 2006

Budak Budak Pekerman

"Lihatlah dunia!" "Yaa, hang memang tera!"

Argentina 2
Crespo
Saviola

Ivory Coast 1
Drogba

Positif:
Corak serangan menarik yang ditunjukkan kedua pasukan dengan Ivory Coast kelihatan seperti Senegal pada 2002.
Sokongan padu dari legenda bolasepak Maradona sepanjang 90 minit.

Negatif:
Tiada aksi dari Maradona baru, Lionel Messi yang berusia 18 tahun.

Watak utama:
Juan Roman Riquelme, memakai nombor 10, mencipta peluang kedua-dua gol, terutamanya gol kedua yang menembusi seluruh pertahanan Ivory Coast.

Fakta:
Disebabkan jurulatih Argentina, Pekerman merupakan jurulatih pasukan remaja sebelum ini, kebanyakan dari kesebelasan utama merupakan pemian remaja yang pernah dibimbingnya dulu seperti Sorin, Riquelme dan Saviola.

Tenggelamnya Kapal Viking

Sudah pasti masuk jika bola teamgeist itu diganti dengan bola takraw Gajah Emas.

Sweden 0

Trinidad dan Tobago 0

Positif:
Bermain dengan 10 orang hampir seluruh masa kedua, Trinidad Tobago berjaya mencuri satu mata dari Sweden.
Keputusan yang sememangnya memeranjatkan, Trinidad Tobago bukanlah pasukan belasahan walaupun hanya berpenduduk 1,3 juta orang.

Negatif:
Bermakna Kumpulan B masih lagi terbuka dengan Paraguay masih ada harapan.
Ällback mensia-siakan banyak peluang didepan gol.

Hero:
Penjaga gol Trinidad Tobago, Shaka Hislop menyelamatkan sekurang-kurangnya 5 percubaan berbahaya dari Sweden.

Saat menarik:
Trinidad Tobago hampir membuat kejutan apabila salah satu serangannya terkena palang gol.

Menang Tanpa Penyerang

Valdez: Weh, lek lu, korang nak blah gi mane?
Lampard: Orang dah nak start game dah, ko baru nak semayang?

England 1
Gamarra (g.s)

Paraguay 0

Positif:
Kemenangan England menaikkan semangat pasukan yang kehilangan sentuhan Rooney.

Negatif:
Ketumpulan serangan dari kedua belah pihak menyebabkan perlawanan menjadi hambar.
Strategi bertahan Eriksson masih seperti di Euro 2004, mengeluarkan pemain penyerang dan memasukkan pemain tengah.
Kecergasan Owen menjadi tanda tanya.
Tidak dapat menyaksikan tarian robot Crouch.

Fakta:
Gol sendiri terpantas dalam sejarah Piala Dunia.
Beckham dan Owen cuba mencari gol yang menjadikan mereka pemain England pertama yamg menjaringkan gol dalam 3 Piala Dunia. Siapa yang menang?

Watak utama:
Pengadil yang kami gelar "Tencho" dari Mexico (kerana rambutnya yang terlebih gel. Tencho adalah jenama gel rambut terkenal budak sekolah menengah yang boleh membentuk stail rambut). Terlampau tegas dengan undang-undang seperti penjaga gol hanya boleh memegang bola tidak lebih dari 6 saat dan lontaran ke dalam mesti dilontar dengan betul.

Saat menarik:
Sepakan gol oleh penjaga gol England, Robinson terkena skrin gergasi yang tergantung di tengah padang. Sekali lagi Tencho memberhentikan perlawanan.

Friday, June 09, 2006

Klise buat Poland

Pemain pertahanan Poland sedang sibuk mencari rumput Jarumemas ketika gol pertama Ecuador

Poland 0

Ecuador 2
Tenorio,Delgado

Positif:
Pasukan kerdil dari Amerika Selatan berjaya menyamai taraf permainan pasukan Eropah. Tidak boleh dikira sebagai keputusan mengejutkan kerana kedua-dua pasukan mempunyai tahap permainan yang seimbang.

Negatif:
Keputusan menggugurkan Jerzy Dudek masih menghantui Poland.
Di Piala Dunia 2002, Poland juga kalah dalam perlawanan pembukaan kepada Korea 2-0 sebelum tersingkir selepas dibelasah Poland 4-0. Adakah Poland akan mengalami nasib yang sama kerana selepas ini terpaksa bertemu dengan pasukan tuan rumah, Jerman.

Tidak bernasib baik:
Percubaan Poland sekali terkena palang dan sekali terkena tiang.

Saat menarik:
Delgado meraikan gol kedua seperti gaya Cristiano Ronaldo, "too hot too handle", walaupun golnya cuma penolakan masuk mudah sahaja.
Aku melihat perlawanan ini bersama tuan rumah Turki aku, dia baru sedar yang Piala Dunia telah bermula.

Pesta Gol

Pintu gol dilengkapi dengan jaring ala Spiderman yang boleh memerangkap bola.

Jerman 4
Lahm, Klose (2), Frings

Costa Rica 2
Wanchope (2)

Positif:
Merupakan perlawanan pembukaan yang paling banyak gol.
2 gol cantik dari Lahm dan Frings.

Negatif:
Menimbulkan kerisauan penjaga gol tentang bola Teamgeist yang susah untuk dikekang.
2 gol Costa Rica menimbulkan tandatanya kepada barisan pertahanan Jerman. Gol pertama, Friedrich gagal mengawal barisan ofsaid, manakala gol kedua boleh dikira sebagai ofsaid. Seperti biasa "pengadil juga manusia biasa".

Pemain pilihan:
Philip Lahm yang menjaringkan gol pertama dan mencipta peluang gol ketiga.

Saat pilihan:
Oliver Kahn buat lawak bersama Asamoah di bangku simpanan.
Klinsmann dan Ballack berpeluk meraikan gol walaupun sebelum itu dikatakan terjadi perbalahan kerana Ballack tidak diturunkan atas sebab kecederaan.

Monday, June 05, 2006

Pendahuluan

Weblog ini dicipta khas sempena Piala Dunia 2006 di Jerman yang akan bermula dari 9 Jun hingga 9 Julai nanti. Ianya sebagai satu penambahan sumber laman web berbahasa melayu bagi subjek tentang piala dunia. Kandungannya akan berkisar tentang artikel-artikel tentang Piala Dunia yang bukan disalin-tampal dari laman web bahasa asing yang lain, tetapi lebih merupakan fakta2 dan juga diari tentang kejohanan terulung ini dari kacamata seorang rakyat biasa.

"Tor!" merupakan perkataan Jerman yang membawa maksud "Gol!". Mungkin tidak sesuai bagi tajuk blog berbahasa Melayu, tetapi agak relevan dari lokasi dimana blog ini ditulis. Bagi mengelakkan laman ini sama dengan isi kandungan laman yang lain, maka sumber2 akan diambil dari majalah, televisyen dan pemerhatian penulis.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Mazlan Mohd Jadi
Albstadt
5 Jun 2006

*juga terbuka kepada individu lain untuk menghantar artikel menarik, sila email kepada:
der_moslem82@yahoo.com